Pemandu Sendiri Antara 17 Suspek Kes Rompak Kim Kardashian


PEMANDU kepada bintang Hollywood terkenal Kim Kardashian merupakan antara 17 individu yang ditahan berhubung rompakan yang berlaku ke atas aktres itu.

Rompakan yang melibatkan barang kemas bernilai £8.5 juta pound sterling  (RM46.27 juta) itu merupakan kecurian terbesar yang berlaku di Perancis melibatkan orang awam dalam tempoh lebih dua dekad.

Penahanan itu menguatkan teori sebelum ini yang mengatakan rompakan tersebut adalah kerja orang dalam kerana mereka tahu dengan tepat dimanakah barang kemas berkenaan disimpan.

Pemandu berkenaan yang berusia 27 tahun bekerja di sebuah firma mewah yang digunakan oleh keluarga Kim Kardashian setiap kali mereka berada di Paris.

Polis mengesahkan suspek mengetahui segala pergerakan aktres itu.

Selain pemandu itu, kebanyakan suspek lain dianggarkan berumur 50 an, 60 an dan 70 an yang merompak barang kemas terbabit ketika wanita itu hadir ke Paris sempena minggu fesyen.

Seorang suspek iaitu Pierre B berumur 72 tahun  yang dipercayai dalang rompakan itu ditahan sepasukan anggota polis di sebuah kampung di Grasse, selatan Perancis.

Sumber polis berkata, suspek tertua berumur 72 tahun manakala yang lainnya berumur dalam 50 an dan 60 an yang sememangnya dikenali oleh polis manakala seorang lagi yang terlibat berusia 23 tahun.

Kim Kardashian dikatakan amat trauma dengan insiden apabila dia diancam bunuh ketika kejadian yang berlaku pada Oktober tahun lalu.

Dia diacukan pistol dengan tangan dan kaki diikat dan ditinggalkan dalam bilik mandi selepas lelaki bertopeng dengan lencana polis memecah masuk ke biliknya di sebuah hotel di Paris. – Mail Online