BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pemimpin politik khususnya dari Umno supaya tidak mengamalkan sikap 'habis madu sepah dibuang'.
Beliau menegaskan seorang pemimpin perlu sentiasa menghargai jasa dan sumbangan anggota yang pernah menyokongnya dalam sesebuah organisasi walaupun tidak lagi memegang sebarang jawatan.
"Demi cinta dan sayang kepada parti, perlulah ada dasar kepedulian jangan sudah habis madu sepah dibuang. Siapa yang pernah berada di kemuncak kena ingat kembali kehebatan pada dirinya.
"Jangan lupa kembali kepada akar umbi, kenang jasa mereka yang sokong kita dan yang penting junjung agama kita," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Veteran Umno Bahagian Bagan Datuk di sini, Sabtu.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno menarik perhatian dengan berkatabahawa seorang pemimpin yang berjiwa besar tidak akan sesekali mengaibkan orang lain atau organisasi yang pernah diwakilinya.
Beliau memberikan contoh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak memberi sebarang kenyataan buruk berhubung dakwaan kerugian tukaran asing sebanyak US$10 bilion pada awal 1990-an dalam satu sidang media di ibu negara semalam.
"Saya duduk sebelah beliau...beliau tidak sebut nak burukkan sesiapa. Beliau (Najib) cuma kata kita memandang serius mengenai kenyataan itu dan minta Bank Negara Malaysia (BNM) buat laporan," katanya.
Bekas Penolong Gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid dilaporkan berkata bank pusat itu mengalami kerugian tukaran asing US$10 bilion pada awal 1990-an.
BNM dalam satu kenyataan bagi menjawab dakwaan itu berkata institusi itu sudah mencapai kemajuan yang lebih kukuh, telus dan lebih bertanggungjawab sejak kerugian tukaran asing berlaku hampir 25 tahun lepas.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang menjalan tiga sebagai Timbalan Presiden Umno berkata:"Jangan aibkan orang. Kalau kita aibkan orang, ada orang yang akan aibkan kita. Jangan hina orang, nanti orang lain hina kita, ini hukum karma." -Bernama