Peminat Tegur Nora Danish Umrah Bertudung Singkat Nampakkan "Bonjolan"


BAGI yang mengikuti perkembangan pelakon Nora Danish di laman Instagram, pastinya mengetahui bahawa artis wanita ini sedang mengerjakan umrah bersama keluarga.

Selain menunaikan umrah, Nora atau nama Nora Danish Mohd Hanif, 36, juga dikatakan sedang sibuk membuat penggambaran untuk filem ‘Bukan Cinta Malaikat’ arahan Aziz M Osman.

Perkara itu dikongsi oleh Nora berdasarkan beberapa gambar berserta kapsyen yang dimuat naiknya dalam laman sosial itu.


Pun begitu, ada beberapa keping gambar yang dikongsi Nora ketika di Tanah Suci mendapat kritikan netizen.

Ini kerana, tudung yang digayakan oleh Nora dikatakan singkat seterusnya menampakkan bahagian dadanya.


“Nampak dada la Nora,” tulis Marbley.mk.

“Pakai jubah tapi tudung masih lagi boleh nampak bonjolan di dada. Cuba pakai tudung yang labuh sikit,” tulis Misai Kucing.

7b-17a-2
Tidak salah rasanya jika Nora mengambil teguran peminatnya ini. Apa pun, kita berilah Nora masa untuk dia belajar mengenakan hijab secara sempurna dan diharapkan agar segera kerana ajal itu tidk mengenal usia dan masa bukan?

Didoakan agar Nora berhijab bukan hanya di Tanah Suci sahaja, malah juga setelah kembali ke negara kita, insyaAllah. –Kedahnews.com