Gambar Hiasan |
ALOR SETAR - Lebih RM20,000 dana kewangan diperlukan untuk membantu bekas banduan memulakan kehidupan baru dan membina kerjaya mereka selepas keluar dari penjara.
Timbalan Pengerusi Persatuan Membantu Orang-Orang Dalam Penyeliaan Negeri Kedah (Penawar), Pretam Singh berkata, bekas banduan yang dibebaskan dari penjara dirujuk kepada pihak Penawar setiap minggu.
“Setiap minggu, lebih kurang tiga bekas banduan akan dirujuk kepada Penawar, selepas mereka dipinggirkan keluarga masing-masing dan tidak memiliki tempat tinggal.
“Jadi, mereka akan ditempatkan sementara di rumah perantaraan Penawar, di Tongkang Yard, di sini, sebelum Penawar membantu untuk membina pekerjaan buat golongan berkenaan,” katanya.
Pretam berkata, Penawar kemudian akan menyalurkan pinjaman dalam bentuk peralatan mengikut kemahiran dimiliki, memandangkan bekas banduan sukar diterima untuk bekerja di tempat lain.
"Bantuan peralatan perlu disediakan Penawar dan segala kos ini dianggarkan antara RM1,000 hingga RM5,000 mengikut kemahiran mereka dimiliki.
“Jikalau, bekas banduan memiliki kemahiran menggunting rambut, kita akan sediakan peralatan bersesuaian untuk membolehkan dia menjalankan perniagaan itu,” katanya.
Menurut beliau, Penawar sememangnya menerima geran tahunan Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kira-kira RM5,000.
Bagaimanapun, kata Pretam, dana berkenaan dikhuatiri masih tidak mencukupi, terutamanya dalam usaha Penawar membantu golongan itu membina kerjaya mereka.
Setakat ini, katanya, tiga daripada 10 bekas banduan menerima bantuan Penawar berjaya dalam perniagaan diusahakan, malah mampu menjelaskan kembali pinjaman yang diberikan sebelum ini.
Bagaimanapun, kata Pretam, jumlah diterima agak kecil, namun ia terus memberi sinar baru kepada mereka untuk berjaya seterusnya kembali dalam kelompok masyarakat.
Tidak dinafikan, katanya, pihak mereka berdepan kekangan dalam proses membantu bekas banduan itu, misalnya sikap segelintir bekas banduan terutamanya berkaitan dadah yang kembali kepada tabiat asal.
Malah, katanya, ada bekas banduan melarikan bantuan diberikan dan dijual, sekali gus mengakibatkan Penawar mengalami kerugian mencecah ribuan ringgit setahun.
“Walaupun berdepan dugaan sedemikian, kami tetap optimis membantu mereka untuk memiliki pendapatan sendiri.
"Justeru, kami berharap lebih banyak syarikat korporat ataupun orang perseorangan memberi bantuan,” katanya.
Sumber: Sinar Haria