Tanah perkuburan etnik Rohingya sering dikunjungi oleh orang ramai bagi melawatnya. |
POKOK SENA - Penduduk di Kampung Tualang, di sini, memohon pihak berwajib menjalankan kerja pembersihan tanah perkuburan etnik Rohingya yang dikebumikan di situ.
Difahamkan tanah perkuburan itu sering dikunjungi orang ramai dan NGO untuk melakukan ziarah dan doa di situ.
Hamzah Nasran dari Felda Lubuk Merbau berkata, selepas berita disiarkan oleh Sinar Harian tentang kunjungan beberapa NGO ke situ, dia turut berminat untuk melawat tanah perkuburan itu baru-baru ini.
“Inilah pertama kali saya menziarahi tanah perkuburan itu sejak kerja pengebumian dilakukan pada Jun 2015 lalu. Saya sungguh terharu melihat inisiatif Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) memperuntukkan tanah kepada mangsa pemerdagangan manusia di situ.
“Pengebumian jenazah sangat teratur mengikut jantina dengan ditandakan batu nisan. Bagaimanapun kawasan itu tidak di pagar hingga sering di ceroboh oleh ternakan. Paling menyedihkan najis ternakan ini turut ada di kawasan perkuburan,” katanya.
Sehubungan itu, dia berharap pihak berkenaan dapat membina pagar supaya ternakan yang berkeliaran di situ tidak dapat menceroboh tanah perkuburan itu.
Badruldin Abd Kadir, 42, dari Kampung Tualang pula berkata, tanah perkuburan itu sering dikunjungi pelbagai pihak pada setiap minggu.
Katanya, setiap Jumaat sudah menjadi kelaziman bagi etnik Rohingya datang ke situ dengan mengadakan bacaan doa untuk saudara mereka.
“Bagaimanapun yang paling mengecewakan kawasan ini dicemari dengan najis ternakan seperti lembu dan kambing.
"Kadang-kadang jika kami nampak, kami akan halau tapi sampai bila," katanya.
Menurut Badruldin lagi, kawasan itu juga selama ini belum pernah dibersihkan dan kini semakin ditumbuhi oleh pokok liar yang menutup pandangan tanah perkuburan itu.
"Sebelum ini tanah perkuburan itu adalah kawasan hutan dan jika pihak berkenaan gagal membersihkannya sudah pasti kubur itu akan ditutupi pokok-pokok liar.
“Saya bimbang nanti jadi tempat pemujaan nombor ekor pula. Diharap pihak berkenaan dapat membersihkannya dan penduduk di sini sanggup melakukannya jika diberi upah yang setimpal,” katanya.
Sumber: Sinar Harian