SUNGAI PETANI – Penerima rumah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di sini melahirkan rasa syukur dan terharu selepas menerima replika kunci daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.
Sekumpulan mereka yang ditemui, berkata sejak sekian lama ingin memiliki rumah sendiri, akhirnya melalui PR1MA hasrat mereka terlaksana.
Seorang penerima yang juga pekerja swasta di Kuala Lumpur, Nur Aliyatul Fadilah Radzuan, 25, berkata walaupun masih belum berumah tangga, pemilikan rumah sendiri adalah perlu untuk menjamin masa depan bersama keluarga suatu hari nanti.
Selain itu harga yang murah serta reka bentuk rumah yang menarik menyebabkan beliau tertarik untuk memohon skim PR1MA itu.
“Saya orang sini tetapi bekerja di Kuala Lumpur dan baru bekerja, melalui harga rumah PR1MA yang murah akhirnya hasrat saya termakbul,” katanya.
Seorang lagi pekerja swasta, Dina Som A/P Som Chi, 36, berkata walaupun berketurunan Siam, namun kerajaan tetap prihatin dan mengiktiraf masyarakat Siam sebagai penerima rumah PR1MA.
“Sejak berdaftar dengan PR1MA pada 2015 lalu, segala proses pendaftaran dan pinjaman kewangan dari bank berjalan lancar,” katanya.
Beliau berharap rumah baharu itu nanti akan memberi kehidupan yang lebih selesa kepadanya bersama suami dan dua anak.
“Sebelum ini kami tinggal di rumah milik keluarga yang semakin uzur di Jeniang, Sik sambil menjaga bapa yang sakit. Syukur kepada kerajaan yang prihatin kepada kami masyarakat minoriti,” katanya.
Seorang guru, Zairani Omar, 50, berkata, kawasan yang strategik, cantik dan tersusun menyebabkan beliau memilih rumah PR1MA di sini selain harga yang disifatkannya sebagai mampu milik.
“Saya membeli rumah PR1MA teres dua tingkat pada harga RM313,000, jika dibandingkan di tempat lain boleh mencecah hingga RM500,000 dan ini menarik minat saya untuk memilikinya,” katanya.
Perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini hadir meluangkan masa pada Majlis Meraikan Komuniti PR1MA di sini.
Sebanyak 2,744 unit rumah dibina di residensi ini yang berharga antara RM100,000 hingga RM400,000. – BERNAMA