BAGAIKAN harga sebuah kereta Proton Saga baru, itu situasi malang yang dihadapi oleh seorang pemuda gara-gara bil Internet yang dikenakan kepadanya telah dicaj sebanyak RM42,522.80 oleh sebuah syarikat Telco.
Menerusi perkongsian di laman sosial, lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Hazwan Hafifi mendakwa dia telah dikenakan caj data yang ‘maha’ melampau itu ketika berada di luar negara selama tiga hari.
“Saya hairan, waktu di Dubai, saya tidak pernah menerima sebarang notification dari U-Mobile untuk maklumkan caj data atau apa-apa warning. Terus berjalan dan berjalan caj yang dikenakan.
“Kredit limit saya pun hanya RM300. Manalah saya sangka 2-3 hari caj yang dikenakan sebanyak ini. Boleh beli sebiji kereta cash!
“Bila saya hubungi pihak telco, mereka kata tiada kesilapan pada caj yang dikenakan. Saya perlu bayar dan kalau tidak, mereka akan ambil tindakan,” katanya pada status berkenaan yang dimuat naik pada 13 Januari lalu.
Meskipun masih terkejut dengan caj yang tidak masuk akal itu, Hafifi berkata dia terpaksa juga mencari jalan penyelesaian bagi membayar bil RM42,522.80.
Dalam masa yang sama, dia turut mengakui perkara itu berlaku di atas kesilapannya dan menasihati orang ramai agar menutup data perayauan Internet semasa berada di luar negara. –Kedahnews.com