KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat menolak permohonan empat warga Indonesia untuk membatalkan tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang mendakwa mereka atas pertuduhan mengisytiharkan seorang individu sebagai 'Imam Mahdi'.
Mereka mengemukakan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman itu atas alasan JAWI telah menahan dan mendakwa mereka secara salah.
Bernam melaporkan, Hakim Hanipah Farikullah membuat keputusan itu dalam kamarnya, selepas membenarkan bantahan awal oleh Jabatan Peguam Negara terhadap permohonan kebenaran tersebut.
Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili kesemua responden memberitahu pemberita bahawa Jabatan Peguam Negara membangkitkan bantahan awal atas alasan kuasa penyiasatan oleh JAWI tidak boleh dicabar dan permohonan itu sepatutnya difailkan di Mahkamah Syariah.
Pada 21 Dis 2016, keempat-empat warga Indonesia itu memfailkan permohonan itu dengan menamakan Ketua Pendakwa Syarie Mohammad Adib Husin, Pendakwa Syarie Kanan Zainor Rashid Hassin, JAWI dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.
Peguam Tengku Azlina Tengku Ismail mewakili keempat-empat pemohon iaitu Rahmat Abdullah Makki Almalik, 38, seorang peniaga, Kharmain, 55, seorang petani, Cut Wardah, 53 dan Ismelda Harfianti Lubis, 45, kedua-duanya suri rumah.
Dalam permohonan itu, mereka mendakwa telah ditangkap selepas mengadakan lawatan ziarah Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri pada 16 November tahun lepas.
Mereka berkata mereka kemudiannya didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas pertuduhan mengisytiharkan seorang individu bernama Zubir Amir sebagai 'Imam Mahdi', di Bahagian Penguatkuasaan Agama, JAWI pada 16 November 2016.
Kesemua pemohon didakwa mengikut Seksyen 6(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah-Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997) iaitu dakwaan palsu yang memperuntukkan hukuman denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua- duanya, jika sabit kesalahan.
Mereka kemudiannya menfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar pendakwaan terhadap mereka di Mahkamah Tinggi di sini.
Dalam permohonan mereka mendakwa pertuduhan oleh responden terhadap mereka adalah tidak benar serta responden gagal untuk melaksanakan kawalan dan arahan sehingga berlaku pendakwaan salah terhadap semua pemohon.
Mereka memohon perintah certiorari bagi mahkamah membatalkan keputusan JAWI berhubung penahanan dan penangkapan salah terhadap mereka serta memohon ganti rugi dan relif lain yang sesuai. -Bernama