Khalijah (kiri) bersama Masitah dan cucunya. |
YAN - Apabila usia semakin lanjut, ramai orang memilih untuk berehat bersama keluarga.
Bagaimanapun, situasi berbeza buat Khalijah Ismail, 66, yang masih perlu menjaga anak bongsu berstatus OKU dan dua cucu yang sudah kematian ibu.
Khalijah berkata, anaknya, Siti Nor Masitah Osman, 27, mengalami masalah sindrom down sejak lahir.
Bagaimanapun katanya yang tinggal di Taman Pantai Murni, anaknya itu memahami apa yang dikatakan, cuma tidak mampu berbual secara normal.
"Saya hantar Masitah ke sekolah pendidikan khas sejak dia berusia 6 tahun. Duduk rumah pun dia asyik mengamuk saja, baik saya hantar dia ke sekolah. Tambah pula cikgu membenarkan dia ke sekolah selagi dia berminat, tanpa mengira umurnya,” katanya.
Suami Khalijah, Osman Hasan meninggal dunia tujuh tahun lalu akibat penyakit kencing manis.
Menurut Khalijah, dia sangat bersyukur kerana mendapat bantuan RM150 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), manakala anaknya pula mendapat RM200 setiap bulan.
“Sikap Masitah yang suka mengamuk menuntut kesabaran yang tinggi. Setiap bulan, dia perlu dibawa ke hospital untuk rawatan pakar kerana turut mengalami masalah paru-paru dan jantung,” katanya.
Khalijah berkata, dia hanya mengharapkan belas ihsan dua cucunya yang tinggal bersama untuk membeli keperluan makanan.
Tambahan pula katanya, dia tidak bekerja kerana hidap kencing manis, darah tinggi dan sakit lutut.
“Duit bantuan JKM saya guna untuk bayar rumah dan keperluan makanan. Ibu mereka meninggal kerana barah usus. Sekarang bila mereka dah besar dan bekerja, mereka tak lupakan saya yang menjaga mereka,” katanya.
Dua beradik itu, Siti Nor Hidayah, 28 dan Siti Nur Ain Romli, 23, hanya bekerja biasa serta sekadar cukup untuk menampung keperluan mereka.
Hidayah bekerja sebagai pembantu warung, manakala Nur Ain mengambil upah mengasuh bayi.
Kata Khalijah, mata kanannya turut mengalami masalah kerana tidak dapat melihat dengan jelas.
“Mata kanan tak nampak sebab ada selaput. Kalau nak berjalan, saya cuma bergantung pada mata kiri," katanya.
Sumber: Sinar Harian