ALOR SETAR – Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah mengingatkan para pentadbir dan jentera pentadbiran supaya menjauhi amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
Baginda bertitah, jentera pentadbiran sepatutnya bukan sahaja dilihat bersih, tetapi juga perlu mengamalkan nilai tersebut selain bebas daripada segala amalan korupsi dan nepotisme, bagi membolehkan masyarakat umum yakin dengan ketelusan pentadbiran.
“Pentadbir dan jentera pentadbiran perlulah berbuat sesuatu yang betul dengan cara dan kaedah yang betul,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah dan Bintang-Bintang Kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-89 Sultan Kedah di Istana Anak Bukit di sini, Ahad.
Turut berangkat, Raja Muda Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, Raja Puan Muda Kedah Tengku Maliha Tengku Ariff serta Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Sultan Abdul Halim bertitah, dari perspektif lain, baginda juga ingin melihat agar sistem pentadbiran dan golongan pelaksana dasar lebih bersifat proaktif dan bukan semata-mata mengamalkan sifat responsif.
“Ia menuntut perubahan untuk menjadi pentadbir yang berjiwa besar, menyelami isu dan masalah rakyat, tidak terikat dengan menjadi pegawai barisan depan semata-mata, sebaliknya mampu berfikir dan melaksanakan tindakan di luar kotak yang selaras dengan keperluan masa,” titah baginda.
Mengenai situasi ekonomi negara pada masa ini, baginda mahu golongan kurang bernasib baik terutamanya rakyat yang masih tertinggal daripada arus perdana diberi pembelaan yang sewajarnya.
“Dalam hal ini, beta menyeru memanda Menteri Besar dapat mengupayakan suatu tindakan di mana pertumbuhan ekonomi negeri mestilah memberi faedah secara langsung dan tidak langsung,” titahnya.
Raja Muda Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah mendahului senarai 50 penerima Darjah Kebesaran Negeri Kedah semalam sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah. – BERNAMA