Anggota bomba sedang menjalankan operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa dari dalam gaung sedalam 15 meter. |
KULIM - Seorang lelaki berusia 30an parah apabila motosikal yang dinaikinya terbabas ke dalam gaung sedalam 15 meter dekat Jalan Sungai Ular, pagi semalam.
Menurut sumber, mangsa yang datang dari arah Kulim untuk ke Serdang itu dipercayai terbabas akibat keadaan jalan yang berselekoh dan basah selepas hujan.
"Laluan ini memang banyak berlaku kemalangan kerana keadaan jalannya yang berselekoh apabila hujan pula jalan menjadi licin kalau laju sikit memang boleh terbabas," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech Penolong Penguasa Bomba Mohd Azizi Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan orang awam pada jam11.21 pagi memaklumkan kejadian berkenaan.
"Kita bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa masih berada di bawah gaung bersama motosikalnya.
"Kita dapati mangsa mengalami cedera parah dan tidak boleh bergerak. Kita telah menggunakan pengusung dan tali untuk membantu menyelamat dan membawa keluar mangsa,"katanya.
Katanya, mangsa telah diserahkan kepada pihak Ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Sumber: Sinar Harian