WASHINGTON - Keputusan pengurusan Starbucks untuk menggaji 10,000 pelarian menimbulkan kemarahan penyokong Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump apabila mengugut untuk memboikot rangkaian kedai kopi terkemuka itu.
Menggunakan laman media sosial, penyokong Trump bertindak membantah pengumuman Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Starbucks, Howard Schultz.
CNBC melaporkan, kumpulan itu mendakwa tindakan syarikat itu seolah-olah membelakangkan rakyat AS dan juga veteran perang negara itu.
Ahad lalu menerusi kenyataannya, Schultz menyatakan pendiriannya membantah perintah eksekutif yang dikeluarkan Trump menghalang kemasukan rakyat tujuh negara majoriti Islam ke Amerika Syarikat.
Starbucks mempunyai program menggajikan veteran perang dan pasangan mereka apabila telah mengambil bekerja 8,000 daripada mereka sejak 2014.
Schultz ialah penyokong kuat calon Demokrat, Hillary Clinton, ketika musim pilihan raya, dan dikatakan bakal menjadi Setiausaha Buruh jika Clinton memenangi pilihan raya itu.
Sumber: mStar