BALING - Hasil usaha berterusan memperjuangkan nasib golongan penoreh sejak ditubuhkan pada Mac 2015, nama Pergetah kini mula meniti di bibir pelbagai pihak.
Pengerusi, Persatuan Pengusaha dan Penoreh Getah (Pergetah), Mohd Taufik Yaacob berkata, Pergetah ditubuhkan selepas menyedari suara golongan penoreh terpinggir.
“Dahulu kita tiada satu ruang yang mahu menjadi platform untuk bawa suara penoreh bagi mendesak dan menjaga kebajikan penoreh yang ada di seluruh pelosok kampung.
“Hari ini para penoreh yang dahulunya terhimpit dengan kejatuhan harga getah kini boleh menghela sedikit perasaan lega apabila harga menunjukkan perubahan, inilah wadah yang selama ini kita perjuangkan bagi penoreh di kampung, wadah perjuangan Pergetah tanpa fahaman politik,”katanya di sini kelmarin.
Menurutnya, dengan kewujudan Pergetah, suara golongan penoreh mula dihormati di peringkat atas.
“Pergetah memang bersungguh-sungguh dan mendesak supaya kebajikan penoreh dapat diberi perhatian yang serius, banyak manfaat yang dapat diterima penoreh.
“Antaranya agensi kerajaan pusat dan negeri mula turun membantu di kampung dengan memberi beras dan keperluan makanan serta wang ringgit, ini salah satu hasil perjuangan Pergetah mendesak dan memberitahu bahawa penoreh di kampung masih dibelenggu kemiskinan yang mana selama ini pihak atas tidak tahu ada penoreh perlu dibela,”katanya.
Mohd Taufik berkata, pihaknya juga mencadangkan pengenalan sistem Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi membantu meringankan ekonomi penoreh.
Menurutnya, sistem itu akan membantu golongan penoreh sekiranya harga getah jatuh di paras bawah RM 2 bagi sekilogram.
“Pada peringkat awal ia dilaksanakan LGM, penoreh hanya boleh membuat tuntutan sebanyak 20 sen sekilogram apabila harga getah jatuh di bawah paras RM1.70 hingga RM 1.60 sekilogram, tetapi Pergetah sekali lagi berjumpa dengan semua pihak berkaitan untuk menambah baik sistem ini.
“Hasilnya daripada 20 sen sekilogram penoreh akan dapat 50 sen sekilogram apabila harga getah jatuh di bawah paras RM 2.00 sekilogram,”katanya.
Tambahnya, penggunaan kad Permit Autoriti Transaksi Getah (PATG) juga diperluaskan dalam kalangan warga penoreh hasil saranan persatuan berkenaan.
Dalam pada itu, Taufik berkata, pihak kilang dan LGM perlu mengubah terbitan harga semasa getah daripada tiga kepada sekali sehari.
“Kita mendesak agar hanya sekali terbitan harga dikeluarkan, jika tiga kali sekali akan ada pihak yang memanipulasi harga, penoreh khususnya akan teraniaya.
“Sistem pesanan ringkas yang dibuat LGM juga dicaj 50 sen bagi sekali mesej untuk mengetahui terbitan harga juga membebankan penoreh dan peraih, jika tiga kali mesej dalam sehari adalah tidak wajar, syarikat berkaitan akan mengaut keuntungan dengan jumlah RM 1.50 sehari bagi setiap penoreh,”katanya.
Tambahnya, LGM didesak menurunkan harga khidmat pesanan mesej itu daripada 50 sen kepada 20 sen atau hanya membolehkan sekali sahaja khidmat pesanan mesej itu dikeluarkan dalam sehari.
Katanya, kerajaan digesa menyeragamkan kos operasi di kilang.
“Kos operasi adalah berdasarkan pada elektrik dan kos operator, kos mesin dan minyak, di sini pihak kilang memainkan harga di mana apabila harga getah naik mereka juga naikkan kos operasi,
“Mengapa ini terjadi? Sepatutnya kos operasi perlu diseragamkan sama ada harga getah jatuh atau naik, dengan naikkan kos operasi, kilang akan jana keuntungan secara diam dari penoreh,”katanya.
Sumber: Sinar Harian