Perhutanan Kedah bongkar sindiket penerokaan tanah |
ALOR SETAR - Kira-kira 30 batang kayu balak bernilai tinggi dianggarkan bernilai RM25,000 dirampas dalam pemeriksaan di Kompartmen 18, Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik pada Khamis lalu.
Menurut Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Perhutanan Kedah,Mohd Rahim Ramli, sindiket penerokaan tanah hutan simpan itu terbongkar apabila Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah bersama Unit Penguatkuasaan Jabatan Perhutanan negeri melakukan pemeriksaan.
"Melalui pemeriksaan, pihak Jabatan Perhutanan merampas dan menyita pelbagai jenis kayu balak berkualiti tinggi, seperti balau, meranti, kelat dan petaling dianggarkan bernilai RM25,000 di lokasi tersebut.
"Siasatan mendapati sindiket itu cuba mengaburi mata dengan menebang pokok-pokok balak dan tual balak,sebelum mengeluarkan ia dari kawasan berkenaan dengam dijual sebagai kayu balak pendek," katanya.
Beliau berkata, sindiket tersebut kemudiannya dipercayai akan mengusahkan tanah untuk tujuan pertanian selepas memindahkan kayu balak terbabit.
Untuk itu,katanya, 30 batang balak pelbagai jenis dirampas dan semua kes disiasat mengikut Seksyen 81 Akta Perhutanan Negara 1984 ( Pindaan 1993) iaitu kesalahan melibatkan Perbuatan-perbuatan Yang Di Larang Dalam Hutan Simpanan Kekal.
Katanya, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun jika sabit kesalahan menebang, memotong,menggelang,menanda,menutuh atau menoreh mana-mana pokok atau merosakkan dengan api atau selainnya atau memindah mana- mana pokok atau kayu dibawah Seksyen 81(b).
Menurutnya, seksyen 81( e) melibatkan kesalahan membersih atau membajak mana-mana tanah untuk tanaman atau apa-apa maksud lain, manakala Seksyen 81(g) membabitkan menceroboh dengan apa jua cara yang sebelum ini tidak dilarangi dalam seksyen ini.
Menuruti,maka pihak terlibat jika di sabit kesalahan denda tidak melebihi RM 10,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua- dua denda dan penjara atas kesalahan itu.
Rahim berkata, Jabatan Perhutanan negeri akan terus menjalankan risikan dan siasatan dalam usaha mengesan dan mengenalpasti pihak bertanggungjawab demi menangani kegiatan penerokaan dan pernebangan hutan dari berleluasa.
Sumber: Sinar Harian