Perlis Pinjam Penyerang Kelab EPL Musim Ini


PENYERANG muda kelab Liga Inggeris, Queens Park Rangers (QPR), Brandon Adams mengesahkan penyertaannya sebagai pemain pinjaman untuk pasukan bolasepak Perlis.

Menurut laporan portal BBC, pemain berusia 19 tahun itu telah bersetuju untuk menyertai Singa Utara secara pinjaman selama satu musim selepas mengikat kontrak lanjutan selama setahun bersama QPR.

Brandon sebelum ini beraksi bersama pasukan bawah 23 tahun QPR dan pernah dipinjamkan ke Staines Town yang beraksi di Liga Premier Ryman League di England awal musim ini.


Merupakan antara penyerang muda paling berpotensi bersama QPR sejak 2014, prestasi semasanya meyakinkan kelab milik usahawan Malaysia, Tony Fernandes untuk terus mengekalkannya sehingga musim 2018.

Dalam pada itu, Perlis memulakan kempen Liga Perdana mereka dengan keputusan seri 1-1 dengan PDRM di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar Jumaat lalu. –Kedahnews.com