Perut Membesar, Rupanya Ifa Raziah Hidap 4 Penyakit


PELAKON dan penyanyi Ifa Raziah tidak menyangka sakit perut yang dialaminya sejak sebulan lalu rupanya membawa petanda dia menghidap empat penyakit iaitu bengkak hati, refluks gastroesofageal, hiatus hernia dan fibroid.

Penyakit itu diketahui selepas Ifa ditahan di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Saya mula mengalami sakit perut yang teruk sejak pulang dari Jakarta, Indonesia, baru-baru ini dan makan pun tidak menentu. Saya memang tidak menyangka sakitnya melarat.

“Selepas menjalani beberapa ujian, doktor memberitahu saiz fibroid sudah sebesar kandungan bayi dua bulan sehingga menampakkan perut saya lebih besar.

“Apapun, doktor menasihatkan saya agar menjalani pembedahan usus besar bagi merawat masalah hernia terlebih dulu, kemudian baru membuang ketulan fibroid,” katanya, memetik laporan BH Online.

Pun begitu, Ifa memberitahu, dia akan menjalani pembedahan pada tarikh yang akan ditentukan nanti berikutan perlu menyelesaikan beberapa komitmen kerja.

Ifa dijangka keluar wad hari ini dan doktor menasihatinya agar menjaga makanan. – Kedahnews.com