DHAKA – Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina semalam meminta Myanmar mengambil semula puluhan ribu pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada tindakan ketenteraan di Rakhine, kata seorang pegawai.
Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), sekurang-kurangnya 65,000 etnik minoriti Islam itu melarikan diri ke Bangladesh dari Myanmar, satu pertiga daripadanya sejak minggu lalu, selepas tentera melancarkan operasi Oktober susulan serangan ke atas pos polis di sempadan negara itu.
Angka itu menandakan peningkatan mendadak jumlah Muslim Rohingya yang melarikan diri daripada kempen ketenteraan yang menurut kumpulan hak asasi menjurus ke arah jenayah kemanusiaan.
Kemasukan secara tiba-tiba itu meletakkan ketegangan di negara miskin Bangladesh, dengan kerajaan menerima tekanan supaya membuka sempadannya kepada pelarian terbabit.
Namun ia sebaliknya, mengukuhkan kawalan di pos sempadan dan menghantar kapal pengawal perairan bagi menghalang ketibaan baharu. Hasina menggesa satu resolusi terhadap krisis itu ketika satu pertemuan dengan Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Myanmar, Kyaw Tin di sini.
“Hasina berkata, Myanmar seharusnya mengambil semula etnik Rohingya yang berhijrah ke Bangladesh,” kata jurucakapnya, Ihsanul Karim. – AFP