"PM Kita Memang Sempoi.." - Peniaga Medan Selera Alor Merah

ALOR SETAR - Para peniaga di Medan Selera Alor Merah hari ini meluahkan rasa teruja tidak terhingga apabila gerai-gerai mereka menjadi tumpuan ramai ekoran kehadiran pelanggan "istimewa" yang singgah di sini, pagi ini.

Keterujaan terpancar di wajah masing-masing sehingga ada yang kelu tidak tergambar gembira melihat pemimpin nombor satu negara, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak singgah bersarapan bersama Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.


"Terpegun tengok PM mai gerai kak. PM memang sempoi, sanggup singgah ke gerai kami kat Medan Selera yang kecil ni.

"Mesra sungguh PM kita, tak macam yang depa dok kata kat Facebook. Kami bangga ada PM berjiwa rakyat lagu (macam) ni," kata seorang peniaga di Medan Selera berkenaan.




Mohd Najib yang ditemani isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansur hari ini turun bersarapan dengan rakyat di Medan Selera Alor Merah.

Selain Ahmad Bashah, isteri beliau, Datin Seri Hizam Awang Ahmad turut mengiringi pasangan Perdana itu bersama adalah bekas Menteri Besar, Tan Sri Osman Aroff, Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad serta kepimpinan UMNO Bahagian Alor Setar.


Selesai bersarapan bersama rakyat setempat, Perdana Menteri dijadualkan akan terus ke majlis Meraikan Komuniti PR1MA Pertama Kedah di Sidam, Sungai Petani. - Kedahnews.com