SUNGAI PETANI - Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini mengumumkan dua dasar penambahbaikan membabitkan dasar perumahan PR1MA bagi menggalakkan lagi pemilikan rumah mampu milik di kalangan rakyat.
Perdana Menteri berkata, dua perubahan berkenaan adalah membabitkan had kelayakan pendapatan isi rumah pemohon dan tempoh jualan balik (moratorium) rumah PR1MA yang disingkatkan lagi kepada 5 tahun.
"Untuk menjadikan rumah PR1MA ini lebih tinggi nilai pasarannya, maka saya telah umumkan dua perbuahan kepada dasar PR1MA di mana had kelayakan ditingkatkan daripada RM10,000 kepada RM15,000. Maka lebih ramai lagi orang yang akan layak memiliki rumah PR1MA.
"Kedua, tempoh moratorium. Tempoh tak boleh jual rumah itu dipendekkan daripada 10 tahun kepada 5 tahun," katanya dalam sidang media ketika hadir meraikan Komuniti Prima Pertama Kedah di Sidam, di sini hari ini.
Selain itu, Mohd Najib turut memuji langkah PR1MA yang memusatkan semua urusan pemilikan rumah mampu milik berkenaan di bawah satu bumbung yang memudahkan lagi segala urusan melibatkan segala urusan jual beli perumahan tersebut.
"Di bawah satu bumbung, segala perjalanan dan proses ke arah pemilikan diletakkan di bawah satu bumbung. Daripada mengenal pasti lot, dari melihat soal CCRISS, mendapatkan pinjaman dan sebagainya, semuanya dalam satu lokasi.
"Dengan ini maka menjimatkan masa dan dapat menyelesaikan segala urusan hingga ke pemilikan dalam waktu yang begitu pantas," katanya lagi.
Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan bahawa kerajaan akan terus komited memenuhi impian rakyat di negara ini untuk memiliki rumah sendiri dan mengekal status rumah PR1MA yang 20 peratus lebih murah dari harga pasaran.
"Harganya (rumah PR1MA) sama, tidak naik. Kita punya dasar PR1MA ia mesti 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.
"Misalnya rumah contoh (PR1MA) yang saya lihat tadi harga dijual RM270,000. Rumah yang hampir sama seberang jalan sana dibuat oleh swasta harganya RM470,000. Jadi beza begitu besar sekali," jelas beliau mengenai harga rumah PR1MA yang ditawarkan agensi kerajaan itu.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Dato' Abdul Mutalib Alias berkata, pihaknya menerima sambutan menggalakkan dari golongan M40 ekoran mereka tidak layak memohon rumah kos rendah dan kurang mampu membeli rumah dengan harga pasaran.
"Kumpulan M40 ini kebanyakkanny tidak mampu memiliki rumah pasaran dan tidak layak membeli rumah kos rendah. Sebab itulah kediaman PR1MA telah mendapat sambutan yang baik dari kumpulan sasaran itu.
Perdana Menteri petang tadi dalam lawatan kerja sehari ke Kedah hadir menyempurnakan majlis meraikan Komuniti PR1MA Pertama di Kedah, di sini hari ini.
Turut hadir bersama adalah Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Barisan Exco Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), kepimpinan UMNO Bahagian dan pembeli rumah PR1MA serta hampir 2,000 masyarakat setempat.
Mohd Najib turut dibawa melawat sekitar PR1MA Residensi Sungai Petani 1 dan Sungai Petani 2 yang melibatkan sebanyak 2744 unit kediaman mampu milik yang dijual dengan harga serendah RM100,000 hingga RM400,000.