ALOR SETAR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengenal pasti beberapa faktor yang menyumbang kepada lambakan beras di kilang-kilang beras tempatan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, antara punca adalah disebabkan oleh musim tuaian padi 2/2016 dan musim 1/2017 yang rapat selain persaingan dengan beras import.
“Kementerian sentiasa mengawal kedudukan beras di peringkat kilang dan sehingga kini keadaannya terkawal. Dalam memastikan beras tempatan dapat bersaing di pasaran, kementerian memperkenalkan peraturan penetapan harga beras import dan perlu dijual lebih tinggi berbanding beras tempatan di peringkat runcit,” katanya.
Menurutnya, peraturan ini akan digunakan bagi memantau dan mengawal selia pemasaran beras import.
“Kemasukan beras import oleh Padiberas Nasional Berhad (Bernas) adalah bagi menampung kekurangan bekalan beras yang dihasilkan dalam negara, di mana harga jualan beras import di pintu kilang adalah lebih tinggi berbanding harga jualan beras tempatan seperti ditetapkan kementerian,” katanya.
Menurutnya, bagi menangani aktiviti penyeludupan beras yang bersaing dengan beras tempatan, kementerian telah tubuh pasukan khas membanteras penyeludupan beras dengan kerjasama agensi lain antaranya Jabatan Kastam dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem).
“Operasi membanteras penyeludupan beras secara bersepadu dilakukan di pintu masuk utama negara termasuk di pelabuhan. Malah kementerian turut memberi tumpuan kepada pembangunan industri beras tempatan terutamanya dalam memastikan nasib petani dibela,” katanya.
Sementara Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), Datuk Othman Aziz berkata, kerajaan sentiasa mengutamakan beras tempatan di pasaran selepas melakukan rasionalisasi beras import.
“Sebelum ini, kita gunakan konsep stok penimbal, sekarang kita import apabila stok tempatan habis, maksudnya beras tempatan didahulukan. Hanya 30 peratus import, selebihnya 70 peratus bekalan beras dihasilkan oleh 300,000 petani seluruh negara untuk dibekalkan kepada 28 juta rakyat,” katanya.
Menurutnya, walaupun mengimport beras lebih murah berbanding menanam sendiri, negara tidak akan mengambil risiko kerana harga beras di pasaran dunia boleh melonjak.
“Negara perlu hasilkan sekurang-kurangnya 70 peratus, disebabkan itu pelbagai bantuan disalurkan bermula dari benih padi, harga padi dan beras di mana bantuan subsidi mencecah RM2,246 sehektar semusim,” katanya.
Othman berkata, pemotongan hasil padi yang tinggi pula berkait rapat dengan pemutuan, selain pengeluaran dan permintaan pengilang.
“Sekarang musim hujan, logiknya potongan tinggi sebab kelembapan padi, namun diingatkan agar pengilang tidak mengambil kesempatan melakukan pemotongan tinggi sebaliknya mematuhi piawaian yang betul,” katanya.
Pada masa sama, petani perlu mematuhi garis panduan Mada dalam menghasilkan mutu padi berkualiti tinggi.
Othman berkata, sebuah badan yang akan mengawal selia industri padi akan diwujudkan bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
“Difahamkan, perbincangan di peringkat akhir. Kemungkinan peranannya seakan Lembaga Padi Negara (LPN). Kawal selia bukan sekadar isu harga padi atau pembelian, tetapi harus dari peringkat asas seperti benih padi, pelantikan pengedar baja dan racun untuk elak di manipulasi pihak tertentu,” katanya.
Sumber: Sinar Harian