Pasukan Tentera Udara Filipina baru memiliki jet FA-50 terlibat dalam serangan terhadap IS di kawasan pergunungan di wilayah Lanao del Sur. |
PETALING JAYA - Rakyat Malaysia antara empat militan Negara Islam (IS) yang dipercayai maut dalam serangan bom di pusat persembunyian di selatan Filipina.
Juga dilaporkan terbunuh adalah ketua kumpulan, Isnilon Hapilon yang bertanggungjawab untuk membentuk IS di Mindanao selepas meninggalkan pangkalannya di Kepulauan Basilan di Sulu awal bulan ini.
Laporan risikan Filipina serangan di bandar Butig, Lanao del Sur di Mindanao itu telah mengakibatkan empat terbunuh termasuk warga Malaysia yang identitinya belum diketahui.
Pasukan keselamatan Filipina menggunakan aset terbaharunya, jet FA-50 dalam serangan udara itu.
Turut terkorban adalah anggota kumpulan bersenjata, Maute dan anggota Abu Sayyaf, menurut Philippines Daily.
Bagaimanapun, laporan itu menyebut jumlah sebenar kematian belum dapat dipastikan kerana pasukan keselamatan negara itu masih menjalankan pemerikasaan.
"Kami akan tunggu sehingga maklumat terperinci operasi itu diperoleh sebelum mendapat pengesahan pasukan keselamatan terlibat," kata Kolonel Edgard Arevalo yang juga jurucakap ketenteraan.
Tetapi, laporan risikan menunjukkan serangan itu mengorbankan sekurang-kurangnya empat militan, termasuk rakyat Malaysia, manakala Hapilon dikatakan cedera, kata Setiausaha Ketenteraan, Delfin Lorenzana kepada The Associated Press (AP).
Mejar Jeneral Carlito Galvez Jr yang juga komander tentera Mindanao Barat menggambarkan serangan bom itu menepati sasaran.
Sebelum ini, Lorenzana mengesahkan Hapilon yang dianggap ketua IS di Filipina telah berpindah ke Mindanao Pusat untuk menyatukan kumpulan ekstrimis seperti Maute dan Bangsamoro.
Hapilon juga antara pengganas dikehendaki yang disenaraikan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan ganjaran AS5juta (RM22.16 juta).
Sumber: mStar