Antara kakitangan dan petani yang menggunakan Sistem Pengeluaran Clearfield. |
ALOR SETAR - Masalah padi angin menimbulkan kebimbangan petani apabila terpaksa menanggung kerugian berikutan hasil padi merosot.
Ketua Pegawai Eksekutif Kilang Beras Seri Merbok, Abu Samah Hashim berkata, kira-kira 60 hingga 90 peratus hasil tuaian hilang disebabkan serangan padi angin.
“Sebenarnya padi angin adalah sejenis rumpai yang tumbuh di sawah. Ia mudah relai dan boleh menyebabkan pokok padi rebah. Menyedari masalah ditanggung petani, Mardi dan BASF membangunkan Sistem Pengeluaran Clearfield,” katanya.
Menurut Abu Samah, usaha itu tidak hanya membantu mengurangkan padi angin, malah boleh meningkatkan pendapatan dan hasil padi.
Sehubungan itu katanya, pihaknya memberi penghargaan kepada pengguna dengan harapan petani terlibat menggunakan sistem dengan betul dan mengikut panduan.
"Kita dengan kerjasama BASF (M) Sdn Bhd memperuntukkan RM200,000 untuk menghargai petani setia yang membeli benih padi keluaran kilang ini.
"Bagaimanapun, petani diingatkan agar mematuhi garis panduan penggunaan demi memastikan sistem ini digunakan dalam tempoh lama," katanya.
Tambah Abu Samah, masalah padi angin tidak dapat dikawal dan pengeluaran hasil padi boleh terjejas sekiranya pengguna gagal mematuhi garis paduan ditetapkan.
Katanya lagi, penghargaan kepada pengguna melalui peraduan beli dan menang dilaksanakan demi memastikan mereka menggunakan sistem dengan betul dan tepat.
Sumber: Sinar Harian