RM89 Juta Wang Tunai Ditemui Dalam Rangka Katil


BOSTON – Seorang lelaki Brazil ditangkap selepas wang tunai berjumlah AS$20 juta (RM89 juta) ditemui disembunyikan di dalam rangka katilnya di sebuah apartmen di Massachusetts.

Lelaki itu, Cleber Rene Rizerio Rocha, 28, dihadapkan ke mahkamah dan tidak dibenarkan jaminan kerana dibimbangi cuba melarikan diri.

Dia didakwa kerana bersubahat melakukan pengubahan wang secara haram.

Menurut pendakwa, Rocha terbabit dalam skim untuk memindahkan jutaan dolar ke Brazil menggunakan pelbagai transaksi melalui Hong Kong.

Wang berkenaan dari TelexFree, syarikat telefon internet yang didedahkan pihak berkuasa sebagai skim piramid. – AP