RON95, Diesel Naik 20 Sen, RON97 Naik 15 Sen


KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing naik 20 sen seliter, manakala RON97 naik 15 sen mulai tengah malam tadi.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata, harga runcit baharu bagi RON95 berkuat kuasa 1 Januari ialah RM2.10 seliter dan diesel RM2.05 seliter.

"Harga runcit baharu bagi RON97 pula ialah RM2.40 seliter," katanya kepada Bernama.

Harga runcit petrol sepanjang Disember bagi RON95 ialah RM1.90 seliter, RON97 (RM2.25) dan diesel (RM1.85). - Bernama