Tajul ketika melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya peringkat negeri Kedah, kelmarin. |
SUNGAI PETANI - Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Negeri Kedah menyarankan kementerian menguatkuasakan penggunaan kerusi keselamatan bayi sekali gus membentuk disiplin pengguna sejak dari kecil.
Pengerusinya, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, ia juga selaras dengan peraturan undang-undang jalan raya yang mementingkan keselamatan pengguna termasuk golongan bayi yang terdedah kepada bahaya.
Beliau yang juga Exco Pengangkutan berkata, dalam erti kata lain, pendidikan keselamatan jalan raya harus dimulakan sejak usia muda dan perlu bermula melalui kesedaran ibu bapa terhadap kepentingan keselamatan anak-anak mereka.
“Bayi juga perlu berdisiplin, saya yakin sekiranya ia dijadikan amalan, mampu menjadikan bayi tersebut sebagai pengguna atau pemandu yang berdisiplin apabila mereka dewasa kelak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya peringkat negeri Kedah, di sini, kelmarin.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman; Pengarah JPJ Kedah, Ismasuhaimi Shariff; Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kedah, Chan Pei Hong dan Ketua Penguatkuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) Wilayah Utara, Mejar Ahmad Zaidi Shuib.
Menurut Tajul, pihaknya percaya kesedaran ibu bapa terhadap penggunaan kerusi keselamatan bayi telah pun meningkat dan yakin kebanyakan kenderaan yang dinaiki bayi di negara ini turut memiliki kemudahan itu.
Dalam pada itu, katanya, kempen bertemakan ‘Pandu Cermat, Sampai Selamat’ yang dilancarkan di Mydin Wholesale Hypermarket itu adalah selaras dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan.
Sementara itu, pemeriksaan sepanjang operasi khas perayaan Tahun Baru Cina SPAD Wilayah Utara dari 21 Januari 2017 sehingga kini dilaporkan sebanyak 503 melibatkan bas ekspres.
Antara aduan berkaitan bas ekspres yang dikenal pasti termasuklah tiket tidak bercetak dan penipuan, bas dipandu laju dan secara merbahaya serta meninggalkan penumpang.
Ahmad Zaidi berkata, kertas siasatan dibuka dan proses siasatan sedang dijalankan di mana pelesen dan pemandu diarahkan hadir untuk temu siasat.
Sumber: Sinar Harian