Satu Pusat Ditutup, Mangsa Kini 94 Orang Di Terengganu


KUALA TERENGGANU – Satu pusat pemindahan ditutup di Dungun petang ini selepas 12 orang daripada empat keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing semalam.

Dewan Orang Ramai Pasir Raja ditutup kira-kira 4 petang semalam, kata Jabatan Kebajikan Masyarakat menerusi aplikasi infobanjir.

Setakat ini, Dewan Orang Ramai Kampung Shukur di Dungun merupakan satu-satunya pusat pemindahan yang masih dibuka di Terengganu.

Ia menempatkan 94 orang daripada 30 keluarga. – BERNAMA