KUALA LUMPUR - Hukuman sebatan mengikut undang-undang syariah dalam pandangan ulamak tidak sekuat sebatan dalam peraturan konvensional atau undang-undang sivil.
Felo Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz berkata, sebatan syariah jauh lebih ringan kesannya yang mana sehingga kini kita boleh lihat prosedur sebatan ini dalam peruntukan undang-undang prosedur jenayah syariah.
“Sebagai contoh, kita lihat peruntukan Seksyen 125 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Peruntukan sama dapat dilihat dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Kelantan) 2002.
"Seksyen 125 Akta/Enakmen Prosedur Jenayah Syariah menjelaskan peruntukan seksyen ini dan Seksyen 126 hendaklah terpakai apabila tertuduh dihukum sebat," katanya dalam Taklimat Khas Media Penerangan Usul Pindaan Akta 355, di Ikim, semalam.
Katanya, alat sebatan, tidak termasuk pemegangnya hendaklah daripada jenis yang sama dan dibuat sama ada daripada rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.
Tambahnya, sebelum hukuman itu dilaksanakan, pesalah hendaklah diperiksa oleh seorang pegawai perubatan kejarajaan untuk diperakui kesihatannya.
"Jika pesalah itu hamil, pelaksanaan itu hendaklah ditangguhkan sehingga tamat dua bulan selepas melahirkan anak.
“Seterusnya, hukuman hendaklah dilaksanakan di hadapan seorang pegawai perubatan kerajaan di mana tempat sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah. Orang yang dilantik bagi melaksanakan hukuman itu hendaklah seorang yang adil dan matang.
“Penggunaan alat sebatan perlulah digunakan dengan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya melebihi kepalanya supaya tidak melukakan kulit pesalah," katanya.
Selepas itu, dia hendaklah mengangkat alat sebatan itu ke atas dan bukan menariknya.
Sebatan tidak boleh dikenakan di bahagian muka, kepala, perut, dada dan bahagian sulit.
Selain itu, pesalah perlulah memakai pakaian mengikut hukum syarak.
Jelasnya lagi, jika pesalah itu lelaki, sebatan hendaklah dikenakan dalam keadaan dia berdiri, bagi perempuan pula dalam keadaan duduk.
“Sebatan itu perlu ditangguhkan jika pegawai perubatan kerajaan mendapati pesalah tidak lagi dapat menerima sebatan sebelum pesalah sihat tubuh badannya untuk menyambung baki hukuman,” katanya.
Sumber: Sinar Harian