Ketua Umno Bahagian Padang Serai, Asmadi Abu Talib turut meluangkan masa melawat wanita tabah yang berjaya melahirkan bayi tanpa bantuan sesiapa di Pangsapuri Kulim Square |
KULIM - Seorang bekas pembantu rumah inap, Sakina Puad, 38 selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.3 kilogram di atas tangga tingkat empat blok C dekat Pangsapuri Kulim Square, pagi kelmarin.
Menceritakan kembali detik cemas yang dilaluinya, Sakina berkata dia telah mula sakit hendak bersalin sejak malam sebelum kejadian.
"Petang sebelum itu saya sudah sakit sehingga ke malam, tapi saya masih tahan dan berfikir sakit seperti biasa.
"Tapi pada hari kejadian (kelmarin) kira-kira jam 8. 40 pagi saya rasa betul-betul sakit nak bersalin, saya telefon adik tapi tak dapat, saya telefon kawan pun tak dapat juga, akhir sekali saya telefon ambulans,"katanya.
Niatnya yang tidak mahu menyusahkan pihak ambulans terpaksa mendaki tingkat lima untuk membantunya, Sakina mengambil keputusan untuk menunggu di bawah bangunan.
"Saya fikir tak mahu susahkan pihak ambulans nanti kena panjat tangga ambil saya pula, jadi saya pun gagahkan juga bersama tiga anak nak turun tunggu di bawah.
"Tapi bila sampai tingkat empat saya memang tak tahan sangat sakit, memang bayi rasa sudah nak keluar. Saya pun menjerit minta tolong,"katanya.
Katanya, lebih kurang 20 minit juga terpaksa menahan sakit dan menjerit minta tolong sehingga seorang jiran yang kebetulan ingin membuang sampah terdengar laungannya.
"Lama juga saya dekat tangga dok minta tolong tak ada seorang pun keluar membantu, lebih kurang 20 minit macam itu baru ada orang datang tanya kenapa,"katanya.
Tambahnya, bayi lelakinya berjaya dilahirkan tanpa bantuan sesiapa dan jururawat yang datang hanya bantu memotong tali pusat sebelum di bawa ke hospital.
"Alhamdulillah, bayi saya sihat. Lepas keluar saja saya angkat bayi saya dan ambil kain batik yang telah di bawa balut, tidak lama jururawat sampai bagi bantuan,"katanya.
Sumber: Sinar Harian