Amir bersama wakil Silterra Sdn Bhd menyerahkan sumbangan kelengkapan sekolah dan wang tunai kepada keluarga yang memerlukan. |
KULIM - Bagi memastikan syarikat sentiasa prihatin dengan masalah masyarakat setempat, satu program menjual barang kitar semula telah dilakukan.
Pengurus Bahagian Keselamatan dan Kesihatan (EHS) Silterra Malaysia Sdn Bhd, Amir Hamzah Hassan berkata, program itu melibatkan semua pekerja kilang untuk membantu menyumbangkan dana kepada yang memerlukan melalui penjualan barangan kitar semula.
“Alhamdulillah, kita berjaya mengumpul sejumlah dana hasil jualan barangan kitar semula. Dengan dana tersebut, kita telah beli kelengkapan sekolah untuk anak-anak penduduk yang memerlukan. Selebihnya, kita serahkan kepada keluarga yang kurang bernasib baik.
“Kali ini kita memilih kawasan Labu Besar dan Bagan Sena. Insya-ALLAH, kawasan lain juga akan terlibat selepas ini,” katanya.
Sumber: Sinar Harian