PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memperhebatkan penguatkuasaan di terminal bas, lapangan terbang, pusat bandar dan lebuh raya susulan jangkaan pertambahan perjalanan semasa Tahun Baru Cina.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata pasukan penguatkuasaan SPAD bukan sahaja melakukan pemeriksaan di kaunter tiket serta kegiatan ‘ulat tiket tetapi juga memeriksa dokumen di terminal bas.
“Selain itu, operasi secara menyamar dan rondaan di lokasi terpilih turut dilaksana bagi memantau pematuhan keselamatan oleh bas ekspres serta kelakuan pemandu,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.
SPAD bersama-sama agensi penguatkuasaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia telah memulakan operasi bersama khas Tahun Baharu Cina dalam usaha mencegah nahas jalan raya semasa perayaan, katanya.
Operasi yang bermula 21 Jan hingga 5 Feb itu merangkumi operasi 24 jam yang akan dijalankan dari 27 Jan hingga 1 Feb.
Dalam tempoh tiga hari operasi khas, beliau berkata sebanyak 27 kes dikesan termasuk penangkapan seorang ‘ulat tiket’.
Sebanyak 383 kenderaan diperiksa dan lapan pegawai penguat kuasa melakukan samaran dalam empat perjalanan bas ekspres, katanya.
“Kerajaan mengingatkan pengusaha pengangkutan awam darat dan pemandu bas yang mereka mempunyai peranan penting dalam mempertingkat tahap keselamatan penumpang yang mereka bawa.
“Selain itu, pengusaha juga harus pastikan pemandu bas masing-masing mematuhi had laju pada setiap masa,” kata beliau.
Nancy menegaskan kerajaan tidak akan teragak-agak mengenakan hukuman maksimum kepada pengusaha pengangkutan awam darat yang melanggar peraturan itu. – BERNAMA