WASHINGTON – Rangkaian kedai kopi terkemuka, Starbucks mengumumkan langkah menggajikan 10,000 pendatang dalam tempoh lima tahun, akan datang.
Pengumuman itu adalah reaksi terbaharu tindakan penggantungan yang dikenakan Presiden Donald Trump terhadap pelarian Syria dan larangan kemasukan rakyat dari tujuh negara majoriti Islam ke Amerika Syarikat.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks, Howard Schultz, dalam surat yang dikeluarkan kepada pekerja, semalam, berkata langkah itu akan dilaksanakan di semua rangkaian restoran itu di seluruh dunia.
Katanya, pengambilan itu akan bermula di AS dan ia akan ditumpukan kepada pendatang yang berkhidmat dengan tentera AS sebagai penterjemah dan kakitangan sokongan. – AP