Datuk Pang Yuk Ming (kanan) bersama Konsulat Jeneral China ke Sabah, Chen Peijie (tengah) selepas sidang media mengenai kehilangan bot yang membawa pelancong China pada Ahad. Foot Bernama |
KOTA KINABALU - Status pendaftaran bot jenis Catamaran, yang karam ketika membawa 31 orang termasuk 28 pelancong warga China dari jeti Tanjung Aru di sini ke Pulau Mengalum Sabtu, akan diperiksa sama ada untuk tujuan pelancongan di Sabah atau di tempat lain.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Pang Yuk Ming berkata, kerajaan negeri menetapkan peraturan bahawa bot itu hanya boleh membawa maksimum 12 orang termasuk kru dan tekong bagi tujuan pelancongan.
"Bot jenis Catamaran itu mempunyai kapasiti melebihi 30 penumpang. Bagaimanapun, di Sabah, kerajaan negeri mengehadkan jumlah penumpang yang dibawa dengan bot itu untuk tujuan pelancongan," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan di sini, Sabtu.
Sehubungan itu, katanya, pihaknya akan memeriksa status pendaftaran bot itu sama ada didaftarkan di Sabah atau di tempat lain, yang mungkin membenarkan bot berkenaan membawa melebihi 30 penumpang.
Dalam pada itu, katanya, Jeti Tanjung Aru sebenarnya bukan jeti yang biasa digunakan untuk melepaskan bot pelancongan ke pulau-pulau peranginan di pantai barat Sabah.
Pang menjelaskan jeti yang biasa digunakan bagi tujuan pelancongan iaitu Jeti Jesselton Point mungkin mengalami trafik penumpang tinggi kerana cuti umum sempena Tahun Baharu Cina sehingga pengusaha bot terbabit memilih melepaskan bot di Jeti Tanjung Aru.
Sementara itu, Konsul Jeneral China di Sabah, Chen Peijie berkata, pimpinan republik China mengambil perhatian serius terhadap insiden itu yang mendapat liputan meluas di negaranya.
Beliau berkata, anggota keluarga mangsa di China boleh menghubungi Kementerian Luar Negara China di talian 12308 bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai anggota keluarga yang berada di luar negara itu.
Bot Catamaran itu, yang membawa 31 orang termasuk 28 pelancong warga China, karam ketika dalam perjalanan dari jeti Tanjung Aru di sini ke Pulau Mengalum kira-kira 56 km barat laut dari Kota Kinabalu pada Sabtu.
Menurut APMM, bot Catamaran itu meninggalkan jeti pada 9 pagi. - Bernama