Siti Noor Azleen dan Adib Rabani Muaz menunjukkan produk daripada HRM Worldwide yang berada di pasaran. |
ALOR SETAR -Pengalaman sebagai pengedar barangan keperluan harian dan kesihatan memberi ilham kepada sepasang suami isteri untuk membuka perniagaan sendiri.
Ahmad Rafie Shaari, 52, dari Kampung Tualang, Pokok Sena berkata, dia meminati bidang perniagaan sejak kecil, yang mendorongnya memulakan perniagaan secara kecil-kecilan bagi menampung perbelanjaan selepas berkahwin dengan isteri, Siti Mariam Ramli, 52.
"Berpengalaman selama 20 tahun mendorong kami membuka perniagaan sendiri selepas memikirkan sampai bila harus bergantung kepada perniagaan orang lain.
“Sebagai pengedar, kami mendapat pelbagai rungutan daripada pelanggan terutama berkaitan produk bersih dan halal. Ramai pelanggan terutama yang beragama Islam waswas dengan produk digunakan hinggalah mereka meminta produk ini dipasarkan,” katanya.
Sehubungan itu, mereka menubuhkan syarikat HRM Worldwide Sdn Bhd pada tahun lalu dengan mengeluarkan beberapa produk berkonsepkan halal.
HRM Worldwide mengeluarkan tiga produk iaitu QhalLeefa Yagi Formula, QhalLeefa Perfume dan QhalLeefa Krim Aroma Terapi.
QhalLeefa Yagi Formula merupakan makanan sunnah dan moden yang sesuai untuk semua peringkat umur, dengan menjadikan al-manna sebagai bahan utama yang sesuai untuk tubuh manusia kerana mempunyai serat tinggi dan sangat berkhasiat.
Menurut Ahmad Rafie, walaupun masih baharu di dalam pasaran, namun produk keluaran mereka mendapat sambutan menggalakkan sehingga dipasarkan sehingga ke beberapa negeri lain.
Sehubungan itu katanya, dia memanggil anak dan menantu, Siti Noor Azleen dan Adib Rabani Muaz, yang berpengalaman sebagai akauntan serta pegawai pemasaran selepas tamat pengajian di universiti bagi mengembangkan lagi perniagaan diusahakannya.
“Kami turut menjalankan beberapa proses penyelidikan dan pembangunan dalam mempertingkatkan kualiti pengeluaran tanpa penggunaan gula. Peringkat awal pengeluaran berjaya menghasilkan jualan RM20,000 dan menyasarkan RM500,000 bagi tahun ini.
"Alhamdulillah, pengalaman anak dan menantu menjadi tunggak kekuatan syarikat hingga berjaya memasuki pasaran di kedai dan karnival, selain akan memasuki beberapa pasar raya utama di negeri ini,” katanya.
Tambah Ahmad Rafie, HRM Worldwide Sdn Bhd juga akan mengeluarkan beberapa produk lain dalam masa terdekat iaitu QhalLeefa Cocoa Cliste, QhalLeefa SuperMak Kleen dan QhalLeefa Coffee.
"Kita turut membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjana pendapatan mereka. Mereka boleh melawati laman sesawang www.hrmworldwide4u.com atau hubungi 04-7305635 dan 0137397875 untuk maklumat lanjut," katanya.
Sumber: Sinar Harian