Noor Haslinda di bangsal ikannya |
YAN - Sepasang suami isteri trauma selepas wang hasil jualan ikan bernilai RM400 lesap sekelip mata dan pada masa sama, anak saudara lelaki berusia 14 tahun turut dilarikan seorang lelaki berpakaian anggota keselamatan, Sabtu lalu.
Noor Haslinda Harun, 36, berkata, lelaki dipercayai berusia lewat 30-an itu menaiki kereta jenis Perodua Viva dan berhenti untuk membeli ikan sekitar 12.00 tengah hari.
"Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana sebaik keluar dari kereta, dia terus memilih sotong dan ikan yang kesemuanya berharga RM75 sambil bercerita mahu adakan jamuan. Saya melayannya seperti biasa dan tidak syak perkara pelik akan berlaku,” katanya.
Menurutnya, ketika itu keadaan agak sibuk kerana terdapat seorang pelanggan sedang menunggu wang baki dikembalikan sebanyak RM10.
"Kebetulan ketika itu saya tiada wang kecil dan lelaki itu menawarkan wang RM10 miliknya sambil mempelawa saya untuk menukar wang. Saya terus bersetuju dan meminta dia berurusan dengan suami kerana sedang sibuk melayan pelanggan," katanya.
Suaminya, Kamaruddin Hassan, 58, berkata, lelaki itu berjalan ke arahnya dan mengajak ke suatu tempat untuk menukar wang kecil sebanyak RM400.
"Saya hulurkan wang dan meminta wang kecil daripadanya, tetapi dia ajak saya ke suatu tempat untuk ambil wang itu. Saya meminta pertolongan anak saudara kerana saya perlu membantu isteri," katanya.
Tambah Kamaruddin, sejurus anak saudaranya mengikut lelaki berkenaan menaiki kereta, isterinya bertanya kenapa anak saudaranya berbuat demikian dan pelik dengan keadaan itu.
"Saya tersedar dan mula terfikir yang saya mungkin ditipu. Suasana agak tegang, mana tidaknya, risau memikirkan nasib anak saudara. Namun, bersyukur anak saudara ditinggalkan lelaki itu di sebuah perhentian bas sejauh satu kilometer dari lokasi kejadian," katanya.
Menurut Kamaruddin, dia dan isteri membuat laporan polis di Balai Polis Yan sejurus itu.
"Saya nasihatkan peniaga tepi jalan seperti kami supaya lebih berhati-hati . Jangan mudah mempercayai orang luar dalam apa jua keadaan," ujarnya.
Sementara, Ketua Polis Daerah Yan Deputi Supritenden Halim Yatim mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan kes berkenaan.
Menurut Halim, kes disiasat bawah Seksen 379 kanun keseksaan.
Sumber: Sinar Harian