Sultanah Kedah Terima Darjah Kebesaran DMK


ALOR SETAR - Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah hari ini mengurniakan Darjah Utama Seri Mahawangsa Yang Amat Dihormati (DMK) kepada Sultanah Kedah, Tuanku Hajah Haminah Hamidun yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Kurniaan itu bersempena ulang tahun Keputeraan baginda yang ke-89.    

Istiadat berlangsung di Istana Anak Bukit yang turut dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan isteri, Datin Seri Hizam Awang Ahmad. 

Turut berangkat, Raja Muda Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Raja Puan Muda Kedah Tengku Maliha Tengku Ariff.

Berangkat sama, Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Abdul Hamid Thani, Tunku Laksamana Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim dan Tunku Laksamana Kedah Datuk Tengku Sarafudin Badlishah Tunku Sallehuddin.

Sejurus selesai istiadat itu, Sultan Abdul Halim kemudian mengurniakan darjah dan bintang kebesaran bagi sesi kedua kepada 142 penerima di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit. - Bernama