KUALA LUMPUR – Masyarakat Cina di seluruh negara menyambut tahun baharu iaitu Tahun Ayam Jantan, yang diharap menjanjikan masa depan yang lebih cerah dan hebat, semalam.
Selepas mengadakan makan besar bersama keluarga malam kelmarin, rata-rata masyarakat Tionghua mengenakan pakaian berwarna merah hari ini turut mengadakan rumah terbuka, tradisi unik perayaan bagi rakyat Malaysia pelbagai kaum itu.
Di KUALA LUMPUR, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri rumah terbuka anjuran Parti MCA dan Gerakan yang diadakan di Dewan San Choon, Wisma MCA, dan Menara PGRM di Jalan Pudu Ulu, Cheras, semalam.
Kehadiran Najib dan Rosmah di perkarangan Wisma MCA pada kira-kira pukul 10 pagi disambut Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bersama barisan kepimpinan tertinggi parti itu diiringi tarian singa.
Najib bersama pemimpin tertinggi parti komponen Barisan Nasional (BN) dan MCA kemudian bersama-sama menggaul Yee Sang, hidangan utama pada sambutan Tahun Baharu Cina, yang dipercayai sebagai juadah membawa tuah dalam kalangan masyarakat Tionghua.
Sementara itu, Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran parti Gerakan meriah dengan orang ramai mula berkumpul seawal 9 pagi sementara menunggu majlis bermula pada 10 pagi.
Rumah Terbuka di Dewan Wawasan Tun Dr. Lim Keng Yaik itu dihiasi beraneka tanglung dan diserikan dengan alunan lagu perayaan Tahun Baharu Cina, selain dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian singa.
Ketibaan Najib dan Rosmah yang berpakaian tradisional masyarakat Cina disambut barisan kepimpinan tertinggi Gerakan yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Mah Siew Keong sambil diiringi persembahan tarian singa.
Najib yang meluangkan masa kira-kira 30 minit di majlis rumah terbuka itu juga sempat naik ke pentas untuk menandatangani sebuah lukisan kaligrafi yang dilukis khas bersempena majlis tersebut.
Warga kota pula dilihat mengambil peluang cuti umum dan hujung minggu yang panjang untuk pulang ke kampung bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama keluarga tersayang.
Sementara itu di MELAKA, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron bersama lebih 5,000 orang memeriahkan rumah terbuka Tahun Baharu Cina MCA Melaka di Dewan Sekolah Menengah Pay Fong di Jalan Kubu di sini.
Hadir sama, Pengerusi MCA Melaka, Datuk Lim Ban Hong yang juga Exco Pengangkutan, Pemulihan Projek dan Perdagangan Antarabangsa Melaka serta pemimpin MCA lain.
Pelbagai juadah dihidangkan kepada tetamu antaranya nasi lemak, roti jala, roti canai, kari ayam, kuih kapit dan kuih bakul.
Di JOHOR BAHRU, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika berucap pada majlis rumah terbuka Persekutuan Tionghua Johor Baharu mahu rakyat menekankan sikap penerimaan dan meningkatkan pemuafakatan antara kaum selaras usaha kerajaan negeri agar rakyat menjadi sebahagian #Team Johor.
“Mari sama-sama jadi #Team Johor agar kita dapat menjayakan Gagasan Johor Berkemajuan bersama-sama,” katanya di hadapan kira-kira 2,000 pengunjung yang hadir memeriahkan majlis sambutan di Wisma Tiong Hua di sini.
Di PERAK, walaupun tiada sebarang sambutan rasmi diadakan kerajaan negeri atau exco kerajaan, namun sambutan tetap meriah dengan kedengaran bunyi mercun.
Tokong Sam Poh Tong menjadi tumpuan masyarakat Cina Buddha sejak awal pagi untuk upacara sembahyang sehingga menyebabkan sedikit kesesakan di kawasan sekitar Gunung Rapat.
Pada petang semalam, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan akan mengadakan majlis rumah terbuka di sini yang turut meraikan pengamal media pelbagai kaum.
Di KELANTAN, cuaca cerah serta keadaan banjir yang hampir pulih memberi peluang kepada masyarakat Tionghua untuk meneruskan tradisi berkunjung ke rumah terbuka.
Walaupun tiada sambutan rasmi diadakan namun Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob meluangkan masa mengunjungi masyarakat Tionghua di sekitar Kota Bharu untuk mengucapkan selamat tahun baharu kepada mereka.
Di SANDAKAN, Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman mengunjungi Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran parti komponen BN Sabah bersama pemimpin tempatan Tionghua.
Antara rumah terbuka yang dikunjungi adalah anjuran BN Sandakan, Parti Bersatu Sabah Bahagian Batu Sapi dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Sabah, Tan Sri Andrew Liew.
Di KOTA BELUD, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hadir majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina yang dihoskan Kapitan Cina Kota Belud, Datuk Andy Chua.
Di TAWAU, sambutan Tahun Ayam Jantan disambut secara sederhana tetapi meriah dengan penganjuran rumah terbuka oleh pemimpin masyarakat Cina yang bermula seawal 10 pagi.
Di KEDAH, seorang pesakit kanser prostat tahap empat, Chew Seow Wah, 55, diraikan dalam majlis bersempena Tahun Baharu Cina, di hadapan pasar raya Ban Eng Huat, pekan Jeniang, semalam.
Majlis dihadiri Anggota Dewan Undangan Negeri Belantek, Datuk Mohd. Tajuddin Abdullah itu dimeriahkan dengan kehadiran masyarakat pelbagai kaum.
Di NEGERI SEMBILAN, masyarakat Cina mengambil kesempatan berkunjung ke tokong, kediaman sanak saudara, meluangkan masa bersama rakan serta berkunjung ke pusat membeli-belah bersama keluarga.
Di TERENGGANU, sambutan Tahun Baharu Cina disambut secara sederhana oleh masyarakat kaum Cina yang merupakan kaum minoriti di negeri tersebut.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman bersama isteri, Toh Puan Seri Halina Zakaria hadir sama memeriahkan Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri Bandar di perkarangan Bangunan Persatuan Hokkien, Kampung Cina dekat sini.
Majlis turut dihadiri Pengerusi MCA Terengganu, Datuk Toh Chin Yaw serta pemimpin masyarakat cina serta hampir 3,000 pengunjung.
Di PULAU PINANG, kira-kira 25,000 orang membanjiri Spice Arena bagi memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Turut hadir Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.
Di SELANGOR, tinjauan Bernama di Kuil FGS Dong Zen, Jenjarum, Kuala Langat mendapati lokasi itu menjadi tumpuan masyarakat Cina untuk bersembahyang selain menyaksikan pelbagai hiasan khas bersempena perayaan itu.
Hiasan yang menarik perhatian adalah patung ayam gergasi yang ditempatkan di laman kuil berkenaan. – BERNAMA