“SAYA tak pergi ke AJL kerana tiada tempat duduk untuk saya,” itu luahan Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) selepas kelibatnya tidak kelihatan pada Anugerah Juara Lagu Ke-31 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam semalam.
Menerusi akaun Instagramnya, Datuk Seri Vida meluahkan kekesalannya apabila tidak dijemput pada anugerah tersebut yang pernah mendapat tajaannya dua tahun berturut-turut iaitu pada 2014 dan 2015.
Jelasnya, alasan pihak AJL mengenai tiada kekosongan tempat duduk untuknya menghadiri program tersebut adalah alasan yang tidak profesional.
“Sebesar-besar PWTC tiada tempat duduk untuk saya sebab apa tak taja atau apa? Apa pun saya ok jer.
“Tiada tajaan tiada tempat duduk, no money no talk,” katanya yang sering mengikuti AJL dan menghadiri program tersebut sejak enam tahun lalu.
Beliau menganggap kehadirannya pada program tersebut adalah sebagai sokongan kepada industri hiburan tanah air dan sepatutnya diberikan ruang untuk turut sama meraikan kemeriahan program anugerah berkenaan.
Datuk Seri Vida dengan nada kecewa menjelaskan tidak menonton program tersebut di kaca televisyen dan kini sedang merancang untuk menaja rancangan berbentuk Islamik.
“Saya tak tengok AJL, baik saya rancang bisnes,” katanya.
Perkongsian beliau di laman sosial mendapat sokongan netizen yang mahukan pengasas produk Qu Puteh itu bersabar dengan kejadian tersebut kerana mungkin ada hikmah disebalik insiden berkenaan.
“Takpe lah dato…diaorang tak jemput pon Dato’ tetap kebabommm muuahhhh,” tulis cayangadeng.
Ada netizen yang berpendapat supaya memberikan tajaan yang lebih baik daripada rancangan berbentuk nyanyian ini.
“What i can say better taja benda yang baik-baik sebab taja AJL tu takda effect apa pun setakat nyanyi je tak bawak faedah pun. Baik Dato’ taja benda yang baik yang membawa manfaat,” tulis Luqman_azam. –Kedahnews.com