Tanda Lahir Bentuk "Love" Di Dahi Bayi Curi Tumpuan Dunia


SEORANG bayi lelaki di Turki dilahirkan dengan keadaan cukup istimewa apabila memiliki tanda lahir berbentuk hati di atas dahi.

Keistimewaan dimiliki itu membuatkan dirinya sentiasa menjadi tumpuan sejak dilahirkan hinggakan jururawat yang menyambut kelahirnya juga berebut-rebut mahu merakamkan gambar swafoto bersama bayi itu.

Tuah tanda lahirnya itu juga membuatkan dirinya digelarkan sebagai ‘Hearted Boy‘ atau budak lelaki bertanda hati.


Menurut bapanya, Murat Engin, 30, dan isterinya, Cyeda, 28, dia sendiri tidak menyangka anaknya dilahirkan dengan tanda lahir berwarna merah berbentuk hati.

Kata Cyeda, keunikan tanda lahir anaknya itu disedari selepas jururawat mencuci darah pada kepala bayi yang diberi nama Cinar itu.


“Selepas jururawat cuci darah di kepalanya, saya yang pertama lihat tanda lahir di kepala itu. Saya sangat terkejut. Apabila saya lihat dengan lebih dekat, saya dapati ia berbentuk hati.

“Sangat sukar untuk saya simpan air mata (ketika itu). Jururawat sampaikan terkejut dengan berkata ‘oh Tuhan, ini sukar untuk dipercayai, dia seorang love baby’.


Ketiga-tiga mereka itu mengambil peluang untuk berselfie. Apabila ibunya melihat tanda lahir itu, dia juga mula menangis. Ianya seolah-olah satu pemberian dari Tuhan, kata Cyeda kepada Daily Mail.

Sementara itu, Murat dari Ankara memberitahu, orang ramai yang melihat anaknya pasti tersenyum dan mengambil peluang untuk merakamkan gambar selfie dengan bayi berusia 14 bulan itu. –Kedahnews.com