Terima Hukuman Gara-Gara Kantoi Curi Beras


BEIJING – Mungkin kerana terlalu geram, seekor tikus menerima nasib malang apabila keempat-empat kakinya diikat selepas kantoi curi beras di sebuah kedai runcit, di bandar Heyuan, wilayah Guangdong.

Menurut Dailymail, tikus itu dihukum dengan cara “public shaming” iaitu diikat dengan tali secara terbuka dengan beserta sekeping kertas digantung menyatakan bahawa haiwan itu seolah-olah berkata ‘saya tidak akan buat lagi’.

“Kawan saya kebetulan jumpa tikus kecil ini dalam stor kedai. Selepas ditangkap, haiwan itu kemudian diikat dengan poster tersebut,


“Kasihan dia…. Jadi macam mana dia nak sambung perayaan Tahun Baharu Cina?,” tulis Jiu Lian shan She Zhang yang memuat naik gambar tersebut menerusi laman sosial Weibo.

Gambar yang tersebar luas itu turut menerima pelbagai reaksi lucu daripada netizen yang rata-rata menyifatkan haiwan berkenaan hanya ingin cari makanan dan tidak kurang juga berasa kasihan dengan hukuman diterimanya.


Malah ia turut menarik perhatian pihak Polis Trafik Shenzen yang memuat naik tiga emoticon tersenyum menerusi ruangan komen gambar tersebut. –Kedahnews.com