Terpaksa Tahan Sakit Untuk Ke Hospital Sejauh 155 km


Seorang lelaki terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat ketika menaiki beca dan ambulans sejauh 155 batu untuk ke hospital selepas dipanah sebanyak tiga kali oleh abangnya susulan pergaduhan melibatkan tanah.

Salah satu anak panah hampir terkena jantung Mansiya Marai, 24, yang berasal dari kampung Alirajpur, Madhya Pradesh.

Sementara dua lagi terkena di bahagian tangan dan perut.

Mansiya berjaya menarik keluar anak panah yang tertusuk di lengannya namun nasib baik dia tidak mencabut anak panah yang terkena di perut.

Ini kerana alat berkenaan telah terkena ususnya.

Ketika dibawa menaiki beca ke hospital, Mansiya terpaksa menanggung kesakitan akibat perjalanan di jalan raya yang tidak rata dan setibanya di hospital, dia terpaksa dipindahkan ke hospital pakar yang terletak di Indore.

Mansiya terpaksa menjalani pembedahan selama empat jam dan dia kini dalam proses pemulihan, manakala abangnya pula akan ditangkap atas dakwaan cuba membunuh.

Dalam pada itu, doktor yang merawat Mansiya, Dr. Manish Kaushal berkata, pihaknya terkejut apabila melihat Mansiya yang mengalami kecederaan parah dengan dua anak panah masih tercacak di badannya, tiba di hospital.

“Nasib baik dia tidak mencabut dua lagi anak panah itu kerana ia tertanam jauh di dalam badannya. Sebarang cubaan untuk mengeluarkannya akan menyebabkan kerosakan kepada usus serta organ dalam lain,’’ katanya. –Kedahnews.com