BERITA baik untuk ‘kaki travel‘ atau mereka yang tidak mempunyai pengangkutan sendiri untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana ada cara yang lebih jimat apabila menggunakan perkhidmatan Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL) ke KLIA.
Jika pada awal perkhidmatan ERL dimulakan, tambang yang dikenakan adalah RM35 tetapi sejak 1 Januari 2016 ia telah dinaikkan kepada RM55.
Sudah tentu kenaikan harga ini menimbulkan ‘kesakitan’ pengguna terutamanya yang gemar menggunakan ERL untuk ke KLIA bagi tujuan melancong atau urusan perniagaan ke luar negara mahupun dalam negara.
Kini, anda tidak perlu risau kerana ada cara yang lebih murah dapat digunakan sehingga memberi penjimatan lebih 50 peratus daripada harga tambang ERL yang dibayar.
Menerusi perkongsian netizen di laman sosial, anda boleh menikmati tambang RM23.40.

Caranya, dari KL Sentral anda boleh beli tiket KLIA Transit ke Putrajaya dengan harga RM14.00 dan apabila tiba di stesen Putrajaya, anda boleh meneruskan perjalanan dengan membeli tiket ke KLIA dengan harga RM9.40.
Pengguna boleh mendapat penjimatan yang ketara dengan langkah bijak ini kerana hanya perlu membayar RM23.40 berbanding harga perjalanan menaiki ERL ke KLIA iaitu RM55.
Walaupun perlu menukar tren tetapi ia tidak terlalu lama kerana pengguna hanya perlu menunggu 15 hingga 20 minit untuk tren yang seterusnya.
Nyata, ‘penantian’ menunggu perkhidmatan tren ini tidak terlalu lama dan ianya berbaloi dengan harga serta pengguna perlulah bijak merancang perjalanan takut-takut terlepas penerbangan pula.
Walaupun, terdapat banyak lagi perkhidmatan lain seperti bas, uber atau grab car, namun ada pengguna berpendapat penggunaan tren lebih mudah kerana tidak perlu berdepan dengan kesesakan lalu lintas. –Kedahnews.com