Kemalangan yang dialami Abd Kadir menyebabkan dia tidak dapat menguruskan diri sendiri. |
KUALA NERANG - Seorang tok siak dari Kampung Nako Nambua, di sini, hidup terlantar dan hilang ingatan selepas terlibat kemalangan pada Oktober tahun lalu.
Isterinya, Siti Fatimah Che Mat, 50, berkata, sejak suaminya, Abdul Kadir Awang Kechik, 55, mengalami kemalangan, dia sudah tidak mampu menguruskan diri sendiri dan menyebabkan Fatimah terpaksa berada di sisi suaminya sepanjang masa.
Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan mereka sekeluarga hilang sumber pendapatan dan kini hanya mengharapkan ihsan saudara mara.
“Kemalangan itu berlaku di depan masjid selepas solat Isyak Oktober tahun lalu apabila motosikal yang di-tunggang suami bertembung dengan motosikal penduduk kampung ini.
"Kepala suami saya perlu dibedah bagi mengelak dia hilang ingatan namun dia enggan melakukan pembedahan itu.
“Akibatnya, semakin hari kesihatannya semakin merosot dan daya ingatannya semakin lemah sehinggalah minggu lepas dia tidak lagi mampu untuk bangun. Daya ingatannya juga semakin hilang dan mula membuang air kecil atas tilam,” kata ibu kepada dua anak itu.
Bagi meneruskan kehidupan, Fatimah dan anak-anaknya kini terpaksa mengharapkan ibunya, Sori@Mekchik Saad, 89, yang mengambil alih tugas suaminya mencari rezeki dengan menoreh getah setiap hari.
Katanya, hasil getah itu digunakan untuk membeli keperluan asas keluarga itu di samping menampung persekolahan anak bongsu mereka yang berusia lapan tahun.
“Anak sulung saya Muhammad Habiq, 25, juga terpaksa berhenti kerja kilang dan meninggalkan anak dan isterinya di Tanjung Dawai demi menjaga ayahnya. Dia hanya mengambil upah bekerja di kampung.
“Melalui pendapatan itulah kami sekeluarga menampung perbelanjaan harian dan kadang-kalanya tidak mencukupi hingga terpaksa mengikat perut. Kini suami terpaksa memakai lampin pakai buang yang sudah pasti memerlukan perbelanjaan lebih,” katanya.
Fatimah juga tidak mampu untuk membawa suaminya mendapatkan rawatan di hospital kerana kekangan kewangan kecuali melakukan rawatan tradisional di kampung.
“Oleh itu saya berharap ada pihak dapat membantu kami sekeluarga dan sekurang-kurangnya menampung perbelanjaan suami bagi meneruskan kehidupannya itu,” kata Fatimah.
Bagi mereka yang ingin membantu Fatimah, dia boleh dihubungi menerusi nombor telefon 013-443 4353 atau akaun BSN 02113-41-000128292 di atas nama Siti Fatimah Che Mat.
Sumber: Sinar Harian