SHAH ALAM – Tsunami Melayu dijangka tidak berlaku pada PRU14 kerana pola pengundi masyarakat itu dilihat tidak akan mengalami banyak perubahan.
Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed |
Namun katanya, bagi masyarakat Melayu di luar bandar seperti di Kelantan, Terengganu dan Kedah, pola sokongan mereka kepada kerajaan tetap sama.
“Jadi saya tidak bersetuju akan berlaku tsunami Melayu kerana perbezaannya tidak banyak berubah,” katanya, kelmarin.
Sebelum ini, Ahli Parlimen (DAP) Kluang, Liew Chin Tong meramalkan ‘tsunami Melayu’ bakal berlaku seperti dilakukan pengundi Cina dalam dua PRU lalu.
Liew Chin Tong |
"Masyarakat Melayu luar bandar masih mengharapkan bantuan kerajaan. Kerajaan menyediakan banyak bantuan kepada mereka seperti subsidi kepada pesawah, petani dan sebagainya,” katanya.
Selain itu katanya, pengundi Melayu di bandar juga turut didedahkan dengan banyak maklumat, bukan sahaja melalui media arus perdana, malah menerusi media sosial dan lain-lain lagi.
Sementara itu, penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat pula berpendapat, tsunami satu perkara di luar jangkaan.
Katanya, pemerhati politik belum dapat melihat perkara itu kerana ia akan berlaku secara tiba-tiba.
Menurutnya, tsunami politik akan berlaku bergantung kepada situasi semasa yang memungkinkan peningkatan pengundi atas pagar.
Sumber: Sinar Harian