Tudung RM800 Habis Dijual Dalam Tempoh 5 Minit?


Empayar Vivy Yusof dalam memasarkan jenama tudung miliknya, Duck, semakin mendapat perhatian di kalangan peminat hijabista tempatan.

Keunikan skarf Duck yang mempunyai corak abstrak dan menerapkan elemen moden ternyata berjaya menarik pelanggan sasarannya yang terdiri daripada kalangan eksekutif muda.


Dan terbaharu, apabila melancarkan koleksi skarf koleksi khas sempena Pertandingan Ratu Cantik Dunia, tudung Vivy yang ini turut mencipta fenomenanya yang tersendiri.

Di sebalik harga ‘terlampau mahal’ RM800 sehelai, tudung berwarna pink muda itu berjaya terjual dalam jangka masa lima minit sahaja!


Tudung pink berlatar belakangkan bangunan ikonik di serata Kuala Lumpur termasuk Menara Berkembar Petronas itu dijual pada harga RM800 sehelai kerana di dalamnya terdapat 200 batu kristal Swarovski yang melatari produk tersebut. –Kedahnews.com