Walau Diacu Pistol Di Kepala, Gadis Tetap Enggan Serah McNugget

NEW YORK – Seorang gadis berusia 13 tahun sanggup bertegas untuk tidak memberikan ayam ‘McNugget’nya walaupun telah diacu pistol di bahagian kepala, lapor Huffington Post.

Jurucakap polis memberitahu media, kejadian tersebut berlaku di kawasan kejiranan Harlem di mana gadis tersebut telah diminta memberikan makanan tersebut oleh seorang remaja lelaki berusia 12 tahun yang juga merupaakan rakan sekelasnya.

Bagaimanapun, apabila gadis tersebut menolak, suspek kemudiannya membawa mangsa ke stesen kereta api bawah tanah dan mengeluarkan sepucuk pistol lalu diacukan ke arah kepala mangsa.

Namun begitu, gadis itu masih enggan berbuat demikian dan menepis senjata berkenaan serta meminta agar remaja tersebut tidak mengganggunya.

Hasil siasatan, pihak polis tidak menjumpai pistol tersebut, namun banyak saksi tampil mengatakan mereka nampak insiden itu terjadi.

Sementara itu, remaja itu akan didakwa di mahkamah sebagai pesalah juvana atas kesalahan cubaan mencuri. –Kedahnews.com