Gambar Hiasan |
ALOR SETAR – Seorang ibu kepada empat anak menjadi mangsa habuan seks oleh seorang bomoh apabila dirinya berkali-kali dirogol oleh individu berkenaan antara Februari hingga Mei tahun lalu.
Mangsa yang berusia 31 tahun itu dikatakan datang berjumpa suspek bagi mendapatkan khidmat bomoh tersebut dengan ditemani suami kerana sering meracau akibat gangguan makhluk halus.
Memetik Harian Metro, bomoh terbabit memberikan beberapa potong ayat al-Quran untuk diamalkan, bagaimanapun dia tetap tidak pulih dan setiap kali ‘diganggu’, mangsa akan terus ke rumah bomoh terbabit untuk mendapatkan rawatan.
Ketika dirawat, mangsa dipukau di mana dia dan suami hanya mampu mengikut segala kemahuan suspek dan pada masa yang sama, suspek merogol mangsa dalam keadaan separuh sedar.
Perkara itu kemudian berlarutan setiap minggu seolah-olah dipukau di mana setiap kali ‘sakit’, mangsa dan suami akan datang menemui bomoh terbabit.
Ia berterusan sehingga beberapa bulan kemudian sehinggalah mangsa menyedari dirinya hamil tiga bulan.
Sejak itu, mangsa mulai sedar dan berhenti dari mengamalkan ayat yang diberikan bomoh terbabit sehinggalah selesai melalui tempoh bersalin dan berpantang.
Difahamkan, bomoh terbabit ada menghubungi mangsa dan meminta mereka datang ke tempat suspek selepas berpantang namun apabila enggan berbuat demikian, suspek telah mengugut akan melakukan sesuatu sekiranya tidak mengikuti arahannya.
Pada awal Januari 2017, rakan kepada suami mangsa dipercayai telah mengubati wanita terbabit dan memulihkan kembali semangat, dalam masa sama, mangsa mulai sedar sedikit demi sedikit kejadian yang berlaku dan hadir ke balai polis untuk membuat laporan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – Kedahnews.com