Kejadian berlaku di simpang empat Sungai Yan |
YAN - Seorang warga emas maut digilis treler ketika melintas jalan di simpang empat Sungai Yan, semalam.
Mangsa, Kechik Hassan, 68 meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala manakala bahagian pinggang hingga ke kakinya hancur.
Anak mangsa, Hasan Ahmad, 42, berkata, dia mendapat panggilan telefon daripada sepupunya memaklumkan kejadian berkenaan pada jam 9 pagi.
"Saya bergegas ke tempat kejadian dan melihat ibu saya sudah terbaring kaku di bawah treler.
"Sayu hati, hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu kerana baharu sahaja saya salam dan mencium tangan ibu, malam kelmarin," katanya.
Menurutnya, ibunya tinggal bersamanya di Gurun dan pulang ke Kampung Sungai Yan sejak dua hari lalu untuk meninjau ternakan ayam miliknya.
"Sudah menjadi rutin ibu untuk pergi memancing pada setiap pagi. Namun pagi ini ibu dikatakan ke kedai dan terlibat dalam kemalangan ketika hendak melintas jalan. Sedih bila lihat kelapa dan susu dibeli ibu bertaburan atas jalan raya," ujarnya.
Anak sulung tiga beradik itu berkata, ibunya sihat dan tidak mengidap sebarang penyakit.
"Ibu demam minggu lepas dan Alhamdulillahlah kesihatan ibu bertambah baik selepas ambil ubat. Malam kelmarin, saya jumpa ibu dan ajak dia balik Gurun tapi dia enggan. Dia pesan pada anak saya supaya datang esok.
Menurutnya, setibanya dia untuk membawa ibu pulang malam kelmarin, ibu tetap enggan pulang ke Gurun dan meminta saya datang semula.
Tambah Hasan, ketika mahu pulang pada malam terakhir, ibunya memandang lama wajahnya namun tidak menyangka itu adalah pandangan terakhir ibu.
Hasan yang bekerja sebagai peniaga makanan berkata, dia mahir memasak kerana mewarisi petua dan resipi daripada ibunya.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Yan, selepas Asar.
Sementara, Deputi Supritenden Halim Yatim mengesahkan menerima laporan berkaitan kes kemalangan itu.
Menurut Halim, treler berkenaan datang dari arah Singkir menghala ke Kuala Kedah.
"Ketika tiba di tempat kejadian, warga emas itu sudah berada di tengah jalan dan pemandu treler tidak sempat mengelak, lalu melanggar mangsa," katanya.
Difahamkan pemandu treler berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sumber: Sinar Harian