Zul Ariffin Kunci Mulut Gosip Hubungan Cintanya Berakhir


SEJAK mereka menyulam cinta, pelakon Zul Ariffin mahupun kekasihnya, Zahirah Macwilson tidak pernah bercerita mengenai hubungan mereka.

Namun, baru-baru timbul desas-desus mendakwa hubungan cinta pasangan ini sudah pun berakhir.

Diminta mengulas gosip itu, Zul bagaimanapun memilih untuk mengunci mulut kerana merasakan ianya akan memberi kesan kepada kerjaya seninya.

“Maaf, saya tidak akan buka mulut soal peribadi. Bukan mengada-ngada atau mahu berahsia, tetapi bagi saya kisah peribadi hanya akan buat kerjaya saya jadi sukar.

“Saya kena menjaga pihak yang melantik saya sebagai duta. Cerita sebegini hanya akan membuatkan mereka berasa tidak selesa.

“Lagipun saya sudah letih apabila sering diajukan pertanyaan mengenai kisah peribadi sejak dua tahun lalu. Cukup-cukuplah saya dihimpit pelbagai kontroversi,” katanya, memetik laporan Harian Metro.

Dalam pada itu, Zul akui dia tidak kisah sekiranya timbul spekulasi Zahirah bukan lagi kekasihnya.

“Apapun yang berlaku di antara kami, saya tetap dengan pendirian untuk mengunci mulut.

“Saya tidak kisah dengan apa sahaja andaian orang. Fokus saya kini hanyalah pada kerjaya dan akan berusaha melakukan yang terbaik,” katanya.

Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan hubungan pasangan ini telah putus di tengah jalan gara-gara orang ketiga.

Dek kerana kecewa, Zahirah kononnya dikatakan membawa diri dan memutuskan hubungan itu. –Kedahnews.com