SEREMBAN – Dua lelaki maut manakala empat yang lain cedera parah selepas dua kenderaan bertembung di Jalan Bukit Putus Seremban-Kuala Pilah, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Zainurin Shariff berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 8.10 pagi dan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian.
“Sebaik sampai di lokasi kemalangan, mangsa kemalangan sudah dikeluarkan orang awam.
“Didapati pemandu dan penumpang Perodua Kelisa maut di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi iaitu seorang lelaki dan tiga wanita cedera parah,” katanya kepada Bernama.
Zainurin berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi yang datang dari arah Kuala Pilah dan Perodua Kelisa dari arah Seremban bertembung di lokasi.
Kemalangan terbabit turut menyebabkan Perodua Kelisa itu terputus dua.
Zainurin berkata selain 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang dan Seremban, operasi menyelamat turut dibantu oleh Angkatan Pertahanan Awam dan polis.
“Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk tindakan lanjut,” katanya. – BERNAMA