Adele Bolot, Menang Besar Anugerah Grammy Ke-59


LOS ANGELES – Penyanyi pop kelahiran United Kingdom (UK), Adele terus mendominasi dunia muzik antarabangsa apabila mengulangi kejayaan lima tahun lalu apabila membolot tiga kategori utama pada Anugerah Grammy Ke-59 yang berakhir di Staples Centre di sini, hari ini.

Kategori itu adalah Album Terbaik dan Rekod Terbaik bagi album 25 dan Lagu Terbaik, iaitu Hello pada Anugerah Grammy Ke-59 yang berakhir di Staples Centre, di sini, sebentar tadi.

Gagal mengawal perasaannya, Adele yang menitiskan air mata ketika menerima trofi, meluahkan kepayahan untuk berdiri gah di pentas berprestij itu.

“Untuk sampai ke tahap ini, saya perlukan satu pasukan tentera… Ini bukan sesuatu yang mudah dilakukan,” katanya.

Selain tiga kategori utama, Anugerah Grammy mengiktiraf penyanyi All I Ask ini dengan dua lagi kategori iaitu Persembahan Pop Solo Terbaik dan Vokal Solo Pop Terbaik.

Adele turut mendedikasikan kemenangannya kepada pesaing terdekat, Beyonce.

“Kamu adalah idola saya… Album Lemonade kamu saya anggap karya bersejarah. Kamu sedang hamil sekarang, nikmatilah saat-saat itu.  Kalau boleh, saya mahu kamu jadi ibu saya,” katanya sambil menambah semua penyanyi sukakan Beyonce yang dianggap cahaya menerangi alam.

Sebelum, itu, Adele yang naik ke pentas dengan gugup hingga nyaris terjatuh, sempat meminta maaf di atas persembahan ketika segmen penghargaan untuk mendiang George Michael.

“Saya sangat gugup. Saya bekerja sangat keras untuk rakaman lagu Hello. Inilah antara kerja rakaman yang paling saya sukai. Terima kasih kepada semua yang terbabit terutama Greg Kurstin yang sama-sama menulis lagu Hello,” katanya.

Terdahulu, legenda rock, mendiang David Bowie memenangi lima kategori utama termasuk Lagu Rock Terbaik melalui album Blackstar yang siap dua hari sebelum Bowie menghembuskan nafas terakhir.

Empat kategori lain yang dimenanginya adalah Pakej Rakaman Terbaik, Teknologi Rakaman Terbaik (Bukan-Klasikal), Album Muzik Alternatif Terbaik dan Persembahan Rock Terbaik. – Agensi

Senarai Pemenang Anugerah Grammy ke-59:

Album Terbaik: 25 – Adele

Rekod Terbaik: Hello – Adele

Lagu Terbaik: Hello – Adele

Artis Baharu Terbaik: Chance The Rapper

Persembahan Pop Solo Terbaik: Hello – Adele

Persembahan Pop Duo/Berkumpulan Terbaik: Stressed Out – Twenty One Pilots

Album Pop Vokal Terbaik: 25 – Adele

Rakaman Dance Terbaik: Don’t Let Me Down – The Chainsmokers & Daya

Persembahan R&B Terbaik: Cranes In The Sky – Solange

Album Kontemporari R&B Terbaik: Lemonade – Beyonce

Persembahan Rap/Nyanyian Terbaik: Hotline Bling – Drake

Lagu Rap Terbaik: Hotline Bling – Drake

Persembahan Country Solo Terbaik : My Church – Maren Morris

Persembahan Country Duo/Berkumpulan Terbaik: Jolene – Pentatonix & Dolly Parton

Lagu Country Terbaik: Humble and Kind – Tim McGraw

Album Country Terbaik: A Sailor’s Guide To Earth – Sturgill Simpson

Album Teater Muzikal Terbaik: The Color Purple

Album Runut Bunyi Skor Visual Media Terbaik: Star Wars: The Force Awakens – John Williams

Lagu Visual Media Terbaik: Can’t Stop The Feeling! – Justin Timberlake